Tak Mahu tak malu
Tersebutlah al-kisah si botak yang bernama Tak Mahu. Dalam satu drama di pagi Jumaat. Drama minggu ini.
Tak Mahu yang tak malu. Kita orang Melayu ada adab. Tapi takkanlah Tak Mahu faham adat atau adab Melayu. Kita kalau tak diundang malu nak hadir. Tapi Tak Mahu tak malu. Tak diundang pun masuk jugalah rumah orang!
Kita orang Melayu ada maruah. Ada harga diri. Kita hormat tuan rumah. Kalau tuan rumah tak undang dan dengan sopan santun meminta kita minta diri, kita hormatlah dan beredar. Tapi Tak Mahu yang tak malu masakan faham maruah. Tak Mahu tak mahu keluar. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Eh, tapi hidung Tak Mahu mancung juga, walaubagaimanapun tersorong-sorong sangat pipinya di pagi Jumaat ini.
Cari helahlah untuk duduk di rumah kita walaupun tak dirai. Cari kesalahan tuan rumah pulak tu. Kalau di kandang kerbau, menguak, kalau di kandang kambing, mengembek. Tapi Tak Mahu takkan faham. Mungkin Tak Mahu tak mahu faham. Mungkin Tak Mahu tak mampu faham.
Kita sanjung sifat ikhlas dan jujur. Kita tidak menyamar atau menyembunyi siapa kita sebenar. Kan kah penipuan, kalau kita mengatakan diri kita lain daripada sebenar?
Kita tak gemar dengan fitnah. Apalah gunanya menuduh dengan membuta tuli?
Kita tak mahu Tak Mahu. Kitapun terasa malu. Tapi Tak Mahu tak malu.
.

Aisey Hasan old chap, this was a little bit uncalled for. I think the reference to what happenned on Friday is enough to cause embarrasment to our favourite vendor without having to go this extra mile and turn it into a petty rubdown.
Posted by: Dinesh Nair | Tuesday, 25 March 2008 at 01:13 PM
Hahaha, siap guna Bahasa Malaysia pulak tu. Ini betul punya luahan perasaan ni. Apa-apa pun, lawa business card tu :D
Posted by: Irwan | Saturday, 22 March 2008 at 08:13 AM
This is ABSOLUTELY fantastic.
yk mahu
[Terjemahan oleh Hasan pada 11:49 pagi, 22 Mac 2008:]
Ini hebat sekali, MUTLAK!
yk mahu
Posted by: Yoon Kit | Saturday, 22 March 2008 at 04:32 AM